Friday, November 1, 2013

Siapa yang buat ugutan bunuh terhadap pelajar AF ini?



siapa yang buat ugutan bunuh terhadap pelajar af ini 1


Siapa yang buat ugutan bunuh terhadap pelajar AF ini? | Sekadar gimik untuk melariskan rating Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) atau ia sememangnya benar-benar berlaku? Itu persoalan yang timbul daripada kes ancaman bunuh terhadap salah seorang pelajar program tersebut, Nabila. Menjelaskan perkara itu, Penerbit Eksekutif AF 2013, Mackenna Singh mengakui pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan Nabila serta peserta lain dalam program tersebut. “Memang benar kami menerima ancaman bunuh terhadap Nabila pada lewat malam hari Jumaat dan laporan polis telah dibuat pada hari Sabtu lalu atas faktor keselamatan. “Kami tidak dapat mengenal pasti siapakah dalang yang terbabit dalam kes ugutan bunuh itu kerana pengguna laman sosial Facebook terbabit menggunakan akaun palsu,” ujarnya.

Mesej ancaman bunuh yang diterima melalui akaun sosial rasmi Facebook AF 2013 itu mengutuk persembahan serta kualiti suara Nabila hingga sanggup membaling batu ketika pelajar itu membuat persembahan kelak. “Saya kira ia agak melampau sebenarnya hingga seseorang itu sanggup membenci pelajar AF 2013 semata-mata tidak berpuas hati dengan persembahannya dan mengugut untuk membunuhnya.

“Saya percaya ugutan ini tiada kena-mengena dengan sejarah silam pelajar atau keluarganya. Buat masa sekarang, biar pihak polis melakukan siasatan cuma pihak kami akan mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membenarkan pelajar-pelajar keluar daripada akademi,” katanya. “Ancaman ini berlaku mungkin juga kerana kami membenarkan pelajar-pelajar ini berinteraksi dengan dunia luar melalui beberapa buah laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. “Apabila dimaklumkan ugutan ini terhadap pelajar terbabit, dia sudah takut dan agak tertekan. Tapi kami berjanji akan menjaga keselamatan pelajar-pelajar AF 2013 hingga tamat program ini,” tegasnya. -MD

.

No comments:

Post a Comment